Thursday 21 February 2013

Goli Hati Den Bilo Nengok Video Ini ...


Tergolak bosar den bilo menonton Video yang telah diupload oleh PAS N. Sembilan ni , nak dikobakan bangang tak pulak , nak dikobakan cerodik pun tak jugak. ni lah video yang menunjukan sikap pemaleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Masa nak mintak buat pinjaman PTPTN , semuanya boleh dan semua Terma dan Syarat akan diikuti , bilo dah abis belajar , tak maun bayar. Apo kenama orang eh macam tu.

Bila anak-anak muda telah diajar agar bersikap begini oleh Pemimpin Pemimpin Pakatan Rakyat agar segala hidup mereka ditaja dan dihidang di dopan mata , maju tak agak eh negara Malaysia ni nanti. bagi den lagi Ramai orang pemaleh dari orang rajin.

Anak-anak muda yang meroyan ni mejoriti eh adalah dari kalangan anak Melayu , kenapa bangsa lain selain bangsa Melayu tidak pernah menyentuh pasal pembayaran PTPTN dan Pinjaman-Pinjaman Lain yang di khaskan untuk sambung belajar. Ini disobabkan mereka ni belajar rajin-rajin dan jugak mereka ni tahu jika mereka mencapai Pointer yang tinggi , segala pinjaman mereka akan dianggap sebagai biasiswa. Tetapi , berapa ramai anak-anak melayu yang sedar akan kelebihan PTPTN ini jika mereka mendapat Pointer yang tinggi.

Kebanyakan anak melayu sekarang ini  , hanya sekadar mendapat pointer cukup makan . Bak kata orang hanya untuk mendapatkan sijil. Bilo dah habis belajar , heboh mengatakan PTPTN menzalimi mereka. Hai macam-macam dunia sekarang ini . Betul Kata Tun Mahadir , Melayu Mudah Lupa.

Jadi kesimpulan eh , jika nak percuma belajar. Saya nasihatkan agar anak muda , belajar lah rajin-rajin demi memartabatkan Bangsa , Agama dan Negara. 

AGAR ANAK MELAYU AKAN DISANJUNG DI MATA DUNIA.......

Penyokong PAS Terima BR1M Lebih Hina Dari Lembu Dan Ayam – Nik Aziz




Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah.   Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan. 
 
Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV,  “Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.  Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami.  Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil.”
 
Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga.  Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat. 
 
Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka.   Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M?  Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk  berbuat demikian. 
 
Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang.  Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan sebagainya.   
 
Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan.  
 
Menyediakan wang tunai ‘percuma’ kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan. 
 
Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.  
 
Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak.  Ada yang miskin dan ada yang kaya.  Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang.   Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti.    Adajuga  yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi. 
 
Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak. 
 
Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M.   Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan.   Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya. 
 
Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu.   Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu. 
 
Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan  kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara. 
 
Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya.   Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri. 
 
Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa pula? 
 
Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam….  

DAP Johor Dakwa Chua Jui Meng Dalang Serangan


Belum pun reda kemelut yang melanda DAP dan pengikut Pas yang menolak pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam, kerjasama politik antara pakatan pembangkang sekali lagi di landa badai. Terbaru, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dilaporkan berkata tidak lagi dapat bekerjasama dengan Ketua PKR Johor, Chua Jui Meng.
Sumber dalaman parti itu ketika dihubungi mengatakan, hubungan antara kedua pimpinan negeri itu ‘ibarat retak yang menanti belah’. Mereka saling menyalahkan antara satu sama lain dan ‘tidak sebulu’ sejak sekian lama.
Menurut Cheng Hau lagi, naib presiden PKR itu adalah merupakan dalang utama ke atas beberapa serangan terhadap parti komponen pakatan pembangkang. Tidak cukup dengan itu, Cheng Hau turut mengesa agar pucuk pimpinan menjalankan satu siatasan terhadap Jui Meng dan menuntut agar Chua dilucutkan jawatan sebagai Ketua PKR Johor.
Gesaan yang dibuat oleh Cheng Hau itu turut disokong oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang memandang serius terhadap dakwaan yang dibuat itu dan akan menubuhkan satu badan siasatan bagi mengesahkan tuduhan tersebut.
Walaupun ada di kalangan pimpinan pakatan pembangkang yang merasakan isu ini tidak akan memberi kesan terhadap jentera parti dalam menghadapi pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi. Namun rakyat dan masyarakat perlu melihat isu ini dari sudut yang lebih luas.
Isu pokok yang perlu dilihat ialah, kegagalan pimpinan pakatan pembangkang dalam mewujudkan satu kerjasama yang kuat di kalangan parti komponen mereka. Dan keharmonian antara mereka hanyalah sandiwara semata-mata dan yang paling utama saling tidak mempercayai antara satu sama lain.
Dan seandainya mereka berjaya menawan Putrajaya dan sekaligus merampas kerajaan negeri Johor (semoga Allah menjauhkan) kerajaan yang bakal dibentuk adalah merupakan kerajaan yang rapuh.
Kegagalan mereka mewujudkan kerajaan yang kuat bakal menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh merudum sekaligus meningkatkan kadar inflasi yang bakal menghimpit dan membebankan rakyat.
Dengan terbentuknya sebuah kerajaan yang lemah di kalangan parti komponen akan menyebabkan pimpinan negara menjadi telalu sibuk dengan politik dan isu berkenaan ekonomi dan pembangunan akan turut diketepikan.
Cuba kita renung sejenak sejarah tanah melayu suatu ketika dahulu, bila mana pemimpin saling berebut kuasa sehingga mengakibatkan kerajaan menjadi lemah, penjajah telah mengambil kesempatan sehingga berjaya menumbangkan kerajaan yang ada pada ketika satu demi satu.
Di harapkan semoga rakyat dan masyarakat dapat melihat bagaimana kerakusan untuk mendapatkan kuasa, telah membutakan mata mereka sehingga terdorong untuk melakukan apa sahaja. Dalam kamus perjuangan mereka, ‘matlamat menghalalkan cara’ adalah sebagai satu cara mengunakan apa sahaja bentuk asalkan ia membolehkan mereka mencapai apa sahaja yang diinginkan.