Mengucap panjang
kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah
di Mekah. Ucapan Nik Aziz bukannya
mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan,
sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.
Kata Nik Aziz, di
hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan
Muhammad IV, “Orang yang menawarkan wang
kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat,
kita tabur hampas kelapa, tabur padi.
Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil
ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi
kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil.”
Hina sekali
pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari
penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga. Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada
pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah
duit rakyat.
Entah dari mana
datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka. Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi
BR1M? Tentulah tidak, kerana bukan
tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk
berbuat demikian.
Sudah menjadi
hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu
bekerja untuk mendapatkan wang. Tiada
siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya
tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti
kesihatan, kecacatan dan sebagainya.
Tugas kerajaan
adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan
peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat
pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan.
Menyediakan wang
tunai ‘percuma’ kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan.
Tugas setiap
seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga
serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan
perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.
Sudah menjadi
lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang
setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di
kilang-kilang. Ada yang dulu hidup atas
peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat
setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di
peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke
universiti. Adajuga yang dulu senang tetapi sekarang susah dan
menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti
kerana sibuk berdemonstrasi.
Oleh itu, ada
rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak.
Kerana itu,
kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai
ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M. Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan
BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak
akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar
memerlukan. Hanya dengan pemberian
tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana
dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya.
Sudah tentu
sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu. Jika kerajaan sekadar bergantung kepada
cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja,
tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak
layak membayar cukai itu.
Justeru,
kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya
membuktikan kecekapan pentadbiran
Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara.
Malangnya, Tok
Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina
pula rakyat yang menerimanya. Lebih
malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok
Guru sendiri.
Kerana itu, kita
ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka
penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan
melahap BR1M, umpama apa pula?
Fikirkanlah
sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam….
No comments:
Post a Comment